Thursday, 5 August 2010

RekrEaSi DaN kEpiMpiNan...

20 Julai 2010

Perjumpaan kelab Rekreasi kali ke-3 untuk sem ini…pada perjumpaan kali ini kami ahli kelab rekreasi diminta untuk membincangkan topic asas kepimpinan.Topik ini penting bagi pembentukan nilai diri setiap individu… Para pelajar dibahagikan kepada 6 group membuat presentation mengenai tajuk ini… Menarik..dan lucu!!! Dengan gelagat masing-masing ketika membuat presentation… =)

Menurut Group amalina :

setiap individu adalah pemimpin pada diri masing2..saya setuju…sebab untuk jadi pemimpin kemAMpuan sebenar kita dilihat ketika kita membimbing dan memimpin diri sendiri untuk patuh pada peraturan Allah dan etika kehidupan…

Asas kepimpinan meNUrut GrouP saya iAlah….

Definisi Pemimpin : pemimpin ialah individu yang menjadi ketua dalam satu kelompok manusia. kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat sesuatu perkara.

Sikap dan peranan seorang pemimpin :

· Sentiasa bertanggungjawab

· Peka terhadap tingkah laku dan keperibadian diri

· Tegas dalam membuat keputusan

· Mampu memberi bimbingan pada orang bawahannya

· Mampu membuat keputusan walau dalam apa keadaan

· Sentiasa ad ketika orang di bawah tanggungjawabnya memerlukan kepimpinannya

Personaliti seorang pemimpin :

· Mempunyai self leadership

· Mempunyai ‘the power of communication’

· Berpakaian kemas dan bersih

· Mampu berdisiplin

Ciri-ciri pemimpin yang berkualiti :

  • Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
  • Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
  • Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
  • Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
  • Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
  • Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

Etika dan disiplin seorang pemimpin

· Mampu menepati masa

· Tidak akan melepaskan tanggungjawab tanpa sebab yang munasabah

· Berkeyakinan dan berazam tinggi dalam kepimpinannya

1 comment: