Tuesday, 10 August 2010

kAyaK...

27 July 2010

Kayak..
Aktiviti kayak di jalankan pada minggu ini..aktiviti dijalankan di Tasek Shah Alam..Dua kali perjumpaan dijalankan aktiviti kayak..perjumpaan pada 27 July pelajar rekreasi di beri penerangan mengenai teori kayak. refreshment mengenai cara berkayak, jenis2 kayak, anatomi kayak, raf ting dan sebagainya.. En. Muiz mengajar pelajar rekreasi dengan besungguh2.. =) Selain itu, kami juga di ajar mengenai car a resque yang betul. terdapat 3 cara rescue .


sEjArAh KayaK :-

Kayak adalah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas Lautan Artik.

Kayak biasanya dikemudikan Dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll.

Pada zaman moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk : berkayak di air putih whitewater kayaking, bot bermain playboats, surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe Slalom, polo kanoe dan riadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, Serat karbon, kanvas atau kayu. Terdapat model untuk seorang atau dua orang. Kini terdapat bot duduk di atas yang dimajukan, juga dipanggil kayak dan dikendalikan dengan pendayung dua belah.

mAlaysia

Di Negara kita, aktiviti berkenu dan berkayak telah wujud sejak tahun 50 an lagi.Masyarakat Melayu yang tinggal di tepi-tepi sung ai masih lagi menggunakan dugout sebagai kenderaan pengangkutan. Aktiviti berkayak berkembang dengan pesat apabila wujudnya Persatuan Rekreasi Luar Wilayah Persekutuan circumnavigate seluruh pantai Malaysia Barat dan secara tidak langsung menarik minat orang ramai dalam kegiatan ini.Wahab Ibrahim dan Hairuddin pula kemudiannya berjaya menjelajahi pantai Malaysia dalam masa dua bulan.

ANATOMI KAYAK


No comments:

Post a Comment