Sunday, 3 October 2010

PeRtOlONgAN CEmAs 2





Cara MenyeLamaT


  • 1 orang penyelamat

Teknik ini hanya memerlukan seorang penyelamat sahaja dalam melaksanakan tugas menyelmat

dan teknik-tekniknya adalah seperti berikut:-

i) One rescuer assist

ii) Piggy-back carry

iii) Front piggy-back carry

iv) Cradle carry / Darling carry

v) Fireman’s lift / Fireman’s carry

vi) Pack-strap carry

vii) Shoulder-drag

viii) Fireman’s drag

ix) Clothes drag

x) Foot drag




i) One Rescuer Assist

Cara membawa mangsa mengalami kecederaan di sebelah kaki kiri atau kanan . Tetapi prinsip ini kurang baik kerana pembimbing mangsa akan menanggung keberataan mangsa semasa bergerak.



ii) Piggy Back Carry

Satu cara mendukung mangsa dan mangsa mesti sedar serta mampu untuk berdiri semasa anda hendak mengankatnya. Ia mestilah tidak mengalami kecederaan yang teruk.

i) Bantu mangsa berdiri dan anda berdiri dihadapannya.

ii) Pusingkan badan anda membelakangkannya dan letak kedua-dua lengan mangsa di atas bahu anda. Selepas itu silangkan tangan mangsa di atas bahu anda,.

iii) Bengkokkan badan anda ke hadapan dan angkat

mangsa.

iv) Suruh mangsa menggengam pergelangan tangan dan

kepit kedua-dua peha di bawah ketiak anda.

v) Pastikan mangsa selesa di belakang anda.

vi) Pegang kedua-dua pergelangan tangan mangsa

dengan tangan anda dan bergerak.

Mangsa-mangsanya adalah seperti berikut:-

Budak kecil, lumpuh di bahagian kaki, cedera di bahagian kaki, buta, orang tua yang tak boleh berjalan.


      • Two Man Assist

      Kedua-dua tangan mangsa diletakkan ke atas bahu dua orang penyelamat. Penyelamat pula akan memegang satu tangan mangsa setiap seorang. Manakala tangan penyelamat yang terdekat akan memeluk pinggang mangsa.


      • Two Handle Seat

      Cara-cara melakukannya

      Dua orang penyelamat duduk di sebelah menyebelah mangsa, menghulurkan tangan masing-masing di belakang mangsa. Satu tangan diletakkan di bahagian bawah bahunya dan meretangkan tangan yang satu lagi ke bawah bahagian tengah peha mangsa. Jari-jari hendaklah dicengkamkan untuk mengelak daripada terasa sakit dan berjalan keluar.

      iii) Four And Half Method / Two Extremities Carry

      Cara ini diguna untuk mengalihkan mangsa melalui laluan yang sempit.


      Cara-cara melakukannya.


      1. Terlentangkan mangsa dengan lutut dibengkokkan menegak dan kaki terbuka.

      2. Seorang penyelamat berada di bahagian kaki mangsa memegang pergelangan kaki mangsa dan tarik sehingga mangsa berkeadaan duduk.

      3. Sebaik sahaja mangsa duduk, penyelamat yang berada di bahagian kepala memeluk mangsa di bawah ketiak dan dada mangsa diangkat naik ke atas.

      4. Penyelamat yang berada di celah kelangkang mangsa. Kepit dengan tangan di bawah lutut, angkat mangsa serentak dengan penyelamat yang dibahagian kepala

No comments:

Post a Comment