Monday, 20 September 2010

PeRtOloNgAn CeMas






pada 10 ogos 2010 perjumpaan kelab rekreasi memberi penerangan dan praktikal pertolongan cemas kepada para pelajarnya... pelbagai bentuk pertolongan cemas di ajar kepada para pelajar besesuaian dengan jenis kecederaan yang dialami oleh sesorang itu. apa yang dapat disimpulkan ialah mempelajari pertolongan cemas amat penting pada saat kecemasaN..


Apakah Itu PertolonGAN cEMAs???

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.

oBJEkTif PerToLOnGAN cEMAS


  • Untuk menyelamatkan nyawa mangsa kecederaan: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.
  • * Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
  • * Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
  • * Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran. Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut

Pertolongan Cemas Primer ?

perkara utama yang mesti dilakukan apabila berhadapan dengan mangsa yang mengalami kecederaan teruk ialah :

  1. SALURAN UDARA - periksa samada saluran udara mangsa dan pastikan ia
    samaada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan atapun bendasing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka.

  2. GUNAKAN dua jari untuk membersihkan mulut dari sebarang halangan yang boleh dilihat.

  3. KELUARKAN gigi palsu hanya jika alat tersebut longgar.

  4. ELAK dari memasukkan tangan terlalu dalam kerana ini boleh menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran udara.

  5. BERNAFAS - periksa samaada mangsa masih bernafas, jika tidak, berikan bantuan pernafasan.

  6. EDARAN (circulation) - periksa samaada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan pada dada

GambAr-gAmbAR aktiviTi KaYAK


En. Muiz memberi penerangan kepada para pelajar berkenaan kayak


en. muiz mengajar cara menggunakan paddle dengan betul



para pelajar mendengar dengan khusyuk penerangan dari en.muiz


para pelajar buat aktiviti kayak.